Friday, August 12, 2022

Peguam rentung dikenal pasti King Chiu Huat James — Abang Ahmad

Secara Rawak

KUCHING: Polis Kuching sebentar tadi mengenal pasti peguam yang rentung dalam kejadian kebakaran malam tadi sebagai King Chiu Huat James

Chiew Huat, 66 tahun yang merupakan pemilik J. King Company & Associates ditemui mati dalam keadaan terlentang di kawasan ruang tamu, beberapa langkah dari pintu rumahnya yang terbakar.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai ketika melakukan pengesahan berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan pasukan forensik bomba percaya ia berpunca daripada pintas elektrik.

“Seorang saksi memberitahu, mangsa merupakan pemilik premis dan meluru masuk ke dalam bangunan yang sedang terbakar walaupun dilarang untuk berbuat demikian.

Mayat mangsa katanya, masih di Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk prosedur bedah siasat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru