Thursday, September 29, 2022

Pakatan Harapan dinasihat tinggalkan budaya politik adu domba, putar belit, bongkak

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Harapan (PH) dinasihat agar meninggalkan budaya politik Machiavelli yang mengamalkan putar belit, adu domba, manipulasi, kontroversi, sensasi, fitnah dan segala rekaan bersifat matlamat menghalalkan cara.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin,  ia merupakan wajah politik golongan berkepentingan, rakus, terdesak, hipokrit, bongkak serta bankrap idealisme.

Khairil Nizam

“Sedangkan anak muda seharusnya dan sebagaimana juga sejarah terukir pada seluruh tamadun, adalah golongan yang teguh berpegang kepada prinsip dan semangat perjuangannya. Anak muda adalah peneraju dan penggerak kebangkitan massa paling gigih serta ‘tiang’ kepada negaranya hingga menjadi rebutan atau sasaran banyak pihak,” katanya.

“Kita terbuka untuk sesiapa jua mahu mengkritik atau mewacanakannya, tetapi mestilah dengan paksi dan kaedah perbicaraan yang benar lagi sihat.

Bukannya menghambur unsur-unsur tipikal yang tidak matang, tidak berfokus dan dilihat bebal. Kawal keghairahan dalam berhujah dan tidak perlu melalut untuk mencetuskan ketegangan lain,” katanya lagi.

Terpulang kepada Pemuda Pakatan Harapan, ujarnya lagi untuk menyatakan sudut pandang mereka, tetapi tidak perlu rosakkan perbicaraan dilontarkan Presiden Pas melalui tulisan itu dengan naratif yang sengaja disalahertikan.

“Juga tidak perlu membuat tuduhan fitnah dan mengheret kepada unsur untuk membibitkan ketidakharmonian dan ancaman kepada mana-mana pihak,” jelasnya.

Sebenarnya, menurut Khairil Nizam Pemuda Pakatan Harapan yang bersentimen dan menjadikan kenyataan bersama itu sebagai satu bentuk serangan dangkal dengan menafi atau menutup segala konsistensi Pas dalam menentang korupsi.

Malah, katanya, menganggap pendekatan dibawa Pas sekadar slogan retorik yang dijadikan permainan politik dan perangkap tertentu.

“Jelas ada skeptikal dan paranoid hingga dipalit pula Pas seperti membela Umno serta memperburukkan pentadbiran Pas Kelantan. Jika begitu ada baiknya kalian melihat dan membandingkan dulu rekod integriti sembilan tahun pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dibanggakan itu sebelum sibuk menuding jari dan perasan suci diri,” tambahnya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru