Saturday, December 3, 2022

DAP terpaksa tebal muka berbaik-baik dengan Dr Mahathir

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: DAP terpaksa menebal muka berbaik-baik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi musuh ketatnya untuk sekian lama semata-mata untuk menarik sokongan orang Melayu terhadap parti tersebut.

Menurut Naib Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris kepemimpinan DAP seolah-olah tidak ada maruah.

“Mereka sanggup berbaik-baik dengan siapa saja sekalipun, walaupun pemimpin atau individu itu dulunya musuh politik mereka, demi mencapai matlamat mereka untuk menumbangkan dan mengambil alih pentadbiran negara daripada Umno dan Barisan Nasional.

Ketika menjadi Perdana Menteri  selama selama 22 tahun, Dr Mahathir menganggap DAP parti rasis dan cauvinis.

“Kita lihat Lim Kit Siang sanggup duduk bersebelahan dengan Tun Mahathir, walaupun Tun Mahathir merupakan pemimpin yang paling lantang menentang dan mengkritik DAP dan juga Kit Siang sendiri satu masa dulu,” katanya.

“Apa yang penting bagi mereka ialah, Tun Mahathir boleh dipergunakan untuk menarik sokongan orang Melayu, seperti mana mereka mempergunakan Pas satu ketika dulu,” ujarnya.

“Biarpun pendekatan sebahagian kepimpinan DAP berbaik-baik dengan Tun Mahathir mendapat tentangan daripada ahli-ahlinya sendiri, bahkan sebahagian daripada parti-parti pembangkang yang lain, namun mereka tidak peduli.

“Apa yang penting bagi dinasti Lim, UMNO dan BN mesti ditumbangkan walau dengan apa cara sekalipun. Untuk itu, undi dari orang Melayu sangat-sangat diperlukan untuk menjayakan agenda mereka itu,” jelasnya.

“Tidak hairanlah Kit Siang boleh buat kenyataan baru-baru ini bahawa kehadiran Tun Mahathir bersama pembangkang mampu menarik sokongan dan menembusi kubu-kubu kuat Umno di kawasan yang DUN dan Parlimen yang majoritinya orang Melayu,” jelasnya.

Namun, beliau yakin pengundi khususnya orang Melayu tidak buta matanya, tidak pekak telinganya.

“Mereka sedar, berapa ramai pun pemimpin Melayu yang cuba mereka tonjolkan, namun ianya tidak mengubah apa-apa dasar dan prinsip politik DAP, terutamanya tentang hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam,” tambahnya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru