Sunday, December 5, 2021

Warga emas dari Kampung Sessang hilang selepas keluar rumah pada 18 Ogos

Secara Rawak

KABONG:Seorang lelaki warga emas dari Kampung Sessang dekat sini hilang dan belum ditemui selepas keluar dari rumah pada 18 Ogos lalu.

Lelaki warga emas tersebut yang dikenali sebagai Tereng bin Juni berusia 64 tahun dikatakan telah keluar dari rumah untuk pergi ke Sibu bagi melawat isterinya yang sedang dirawat di Hospital Sibu.

Mangsa yang hanya bekerja sendiri bagaimanapun tidak tidak sampai ke detinasi yang dituju pada hari tersebut dan memaksa anak dan ahli keluarganya bertindak melakukan usaha menjejak mangsa pada hari tersebut juga.

Usaha menjajak mangsa bagaimanapun menemui jalan buntu dan ahli keluarga mangsa seterusnya bertindak membuat laporan polis berhubung keajadian itu .

Aduan kehilangan mangsa dibuat oleh anak saudara mangsa, Kram Ishak, 36, di Balai Polis Kabong kira-kira jam 11 malam semalam apabila usaha menjejak mangsa masih tidak berhasil.

Menurut Kram, pada 18 Ogos kira-kira jam 7 pagi, mangsa telah keluar daripada rumahnya di Sessang dengan tujuan untuk melawat dan menjaga isterinya yang ditahan di hospital Sibu.

“Pada hari kehilangan mangsa saya ada menghubungi anak mangsa yang berada di Sibu bertanyakan keadaan mangsa sama ada sudah sampai ke Sibu atau belum. Anaknya memberitahu bapanya belum sampai lagi pada ketika itu.

“Pada hari itu juga usaha untuk mengesan mangsa telah dijalankan di Sibu dan di Sarikei oleh anak mangsa, saya sendiri dan rakan-rakan tapi usaha kami gagal menjumpai mangsa.”ujarnya.

Menurut Keram bapa saudaranya itu turut menghidap sakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis,sesak nafas dan turut mengalami masalah pendengaran.

Semasa keluar rumah mangsa dikatakan mengenakan seluar hitam dan baju T berwarna putih serta hanya berselipar.

Mangsa juga boleh dikenalpasti melalui tanda lahir dileher sebelah kanan dan ada kesan luka yang ditampal. Mangsa berkulit hitam dan berambut putih. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru