Friday, September 30, 2022

Balas dendam: Rakyat Indonesia arak bendera Malaysia terbalik di Solo

Secara Rawak

JAKARTA:  Bagi segelintir rakyat Indonesia, kesilapan bendera terbalik dalam buku cenderamata yang diedarkan pada majlis perasmian Sukan SEA 2017 malam Sabtu lalu tidak dapat diampunkan

Justeru, mereka mahu membalas perbuatan tersebut.

Caranya, terbalikkan bendera Malaysia.

Ya, itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Solo, sebuah kota kira-kira 570 km dari sini.

Lelaki itu kelihatannya mahu membalas dendam kerana tidak mahu menerima hakikat Sang Saka Merah Putih yang terbalik di Malaysia walau tahu bahawa ia bukan disengajakan.

Dan, Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi telah memaafkan kejadian itu.

Sebuah akaun Instagram bernama @essa_hebat, memuat naik sebuah video yang memperlihatkan sebuah kereta yang dengan bendera Malaysia terbalik di belakangnya.

“Ini ialah bentuk pembalasan, di mana bangsa Indonesia kecewa gegara ulah Malaysia bendera Indonesia di balik,” kata seorang lelaki dalam video itu.

“Sekarang giliran ada orang Solo yang membalik bendera Malaysia. macam pulalah kau, gimana perasaan kau?,” katanya lagi sambil ketawa sinis, mempersenda Malaysia. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru