Wednesday, August 17, 2022

Pilihan pakaian Tunku Aminah dalam majlis perkahwinan, penghormatan kepada Pahang

Secara Rawak

PEKAN: Tengku Puan Pahang, mengakui tidak menyangka anak saudaranya Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim memakai pakaian Tenun Pahang Diraja pada majlis perkahwinannya tempoh hari.

“Saya tidak menyangka kain tenun yang saya reka hasil tangan banduan Penjara Penor menjadi pilihan anak saudara saya untuk majlis perkahwinannya,” titah Tunku Azizah Aminah.

Baginda menyifatkannya sebagai satu penghormatan  dan pengktirafan yang besar terhadap negeri Pahang.

“Ini satu pengiktirafan dan penghormatan buat semua penenun Tenun Pahang Diraja,” titah baginda titah pada Majlis Perasmian Projek Kraf Kampungku Tenun Pahang Diraja di Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi di sini, semalam.

Tengku Azizah bertitah, Puteri tunggal Sultan Johor itu sebelum ini pernah memberitahu mahu melangsungkan perkahwinan pada Ogos tahun ini.

“Saya kemudian memberinya hadiah kain Tenun Pahang Diraja kepada beliau. Tetapi saya tidak sangka Tunku Tun Aminah menjadikan kain itu baju untuk dipakai pada hari perkahwinannya dengan Dennis Muhammad Abdullah yang berasal dari Belanda.

“Ia adalah satu pengiktirafan yang besar dan penghormatan kepada Tenun Pahang Diraja,” titah baginda.

Tenun Pahang Diraja dipercayai merupakan teknik tenunan yang dibawa ke Pahang dari Sulawesi atau Riau pada abad ke-17. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru