Friday, September 30, 2022

Bendera terbalik: Rakyat Indonesia terus marah

Secara Rawak

JAKARTA: Meskipun Malaysia termasuk melalui Wisma Putra telah memohon maaf semalam, namun rakyat Indonesia dan netizen terus marah.

Kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku itu menuai banjir kecaman, kritikan dan hujatan di media sosial di negara 250 juta jiwa ini dengan ada yang bersifat emosi.

Kemarahan mereka bagai belum reda meskipun Presiden Joko Widodo dan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin telah mengemukakan permohonan maaf  dan bertemu dengan rakan sejawatannya Imam Nahrawi  di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam atas kesilapan yang bendera terbalik yang tidak disengajakan.

Jokowi semalam mengakui amat kesal dengan kejadian itu namun meminta  rakyat  ‘tetap tenang’ menghadapi isu berkenaan ketika sebahagian rakyatnya turut rasional menanggapi isu itu dengan ada yang menyifatkannya sebagai kesilapan pereka grafik semata-mata.

Pemasangan bendera Indonesia secara terbalik terdapat pada buku  cenderamata SEA Games 2017 yang dibuka rasmi di Bukit Jalil malam Sabtu.

Kesalahan cetak bendera Indonesia yang sepatutnya merah putih dan bukannya putih merah itu menyebabkan ada individu yang membuka ‘Shame on You Malaysia di Twitter’- yang hingga kini sudah melepasi 80, 000 kali.

Menteri Pemuda dan Olahraga dalam decitan di Twitternya malam Sabtu mencantumkan foto buku SEA Games yang memuat bendera Indonesia terbalik dan menulis, “pembukaan #SEAgame2017 yang bagus tapi tercederai dengan keteledoran fatal yang amat menyakitkan. Bendera kita…. Merah Putih. Astaghfirullaah…”

Pagi pengamat politik di sini, isu berkenaan tidak seharusnya diperpanjang dan diperbesar-besarkan kerana sememangnya ia tidak disengajakan.

Sebaliknya, semua pihak perlu bersikap lebih rasional, tanpa perlu dikuasai emosi, apatah lagi Malaysia telah mengambil langkah untuk memperbetulkan kesilapan dengan mencetak dan mengedar buku edisi baharu.

Lagipun, Indonesia dan Malaysia merupakan negara serumpun yang mempunyai hubungan yang harmoni dan baik di semua peringkat.

Pelbagai isu mudah membangkitkan kemarahan rakyat Indonesia, termasuk kononnya Malaysia meniru budaya dan lagunya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru