Saturday, October 8, 2022

Bendera terbalik: Jokowi minta 250 juta rakyat Indonesia tidak perbesarkan isu

Secara Rawak

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi meminta 250 juta rakyat Indonesia supaya tidak memperbesarkan isu kesalahan cetak bendera republik itu yang terbalik pada Buku Cenderamata Khas SEA Games Kuala Lumpur 2017.

Beliau cuma mahu permohonan maaf dilakukan secara rasmi oleh penganjur Sukan SEA KL2017 atau kerajaan Malaysia, lapor portal Indonesia KiniNEWS.

“Kita sangat menyesalkan kejadian itu. Tapi tidak usah dibesar-besarkan,” katanya.

“Kita menunggu permintaan maaf dari Kerajaan Malaysia berkenaan perkara ini kerana ini berkait sebuah kebanggaan nasionalisme dari bangsa Indonesia,” katanya selepas penyerahan sijil hak atas tanah, di sini, hari ini.

Gambar fail

Kerajaan dan rakyat Indonesia marah dan kecewa dengan kejadian berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan kedua-dua negara telah bertemu di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini, dengan Khairy Jamaluddin memohon maaf kepada rakan sejawatannya, Imam Nahrawi atas kesilapan yang tidak disengajakan.

Selepas pertemuan 10 minit, kedua-dua mereka ketika bertemu media menganggap kes itu selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi.

Wisma Putra juga memohon maaf atas kejadian itu. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, langkah telah diambil untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Sementara itu, di TELUK INTAN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan insiden berkenaan adalah tidak disengajakan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, isu membabitkan negara jiran itu terjadi tanpa sebarang niat buruk, lapor Bernama.

“Kita harus berfikiran terbuka, ianya tidak disengajakan,” katanya, yang juga Naib Presiden UMNO, kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Teluk Intan di Dewan Bandaran Teluk Intan, di sini hari ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru