Wednesday, September 22, 2021

Bot ekspres langgar jeti balak di Kapit, 48 selamat

Mesti baca

KAPIT: Seramai 48 penumpang bot ekspres terselamat biarpun berhadapan detik cemas, dan terkandas apabila bot ekspres yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan lewat petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian tersebut sekitar jam 5.45 petang semalam yang melibatkan bot ekspres milik Syarikat Bahagia dari Sibu ke pekan Kapit.

“Bot itu dikatakan hilang kawalan lalu melanggar jeti Kem Balak WTK Kapit, tidak jauh dari pekan.

“Ketika kejadian, terdapat 48 orang di dalam bot tersebut, namun kesemua mangsa selamat selepas melompat ke tebing sungai.

Balai Bomba dan Penyelamat Kapit kata Ling Hii, kemudian mengatur gerak sebuah jentera LFRT Atego ke lokasi dengan kekuatan lima anggota dan tiba empat minit kemudian.

“Oleh kerana semua mangsa selamat, pasukan hanya membuat pemantauan serta penilaian selain mengumpul maklumat.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru