Monday, November 28, 2022

Ada berani sahut cabaran Spicy King, makan cili berapi sambil berendam dalam kawah cili

Secara Rawak

NINGXIANG: Ada berani untuk menyahut cabaran “Spicy King” dengan merendamkan diri di dalam kawah kaca berisi ratusan cili paling “berapi” sambil menyiram air rendaman ke muka serta memakan cili tersebut…

Kegilaan Spicy King ini bukan khayalan, tetapi telah berlangsung di Ningxiang, bandar di wilayah Hunan di selatan China pada hujung minggu, Sabtu, 12 Ogos lepas.

Spicy King bukan sahaja disertai peserta lelaki, malah wanita yang sanggup menyahut cabaran “gila” ini.

Menurut People’s Daily di Facebook pada Ahad, dalam pertandingan itu peserta dikehendaki memakan sebanyak mungkin cili dalam catatan waktu terpantas.

Peserta masuk di dalam kawah kaca yang mengandungi air rendaman ratusan cili., dan kelihatannya hanya dibekal dua botol kecil air mineral.

Tidak jelas berapa ramai peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Namun berdasarkan foto yang beredar di media sosial, kelihatan sedozen peserta bersaing di dalam kawah kaca dipenuhi cili paling pedas ini.

Dalam pertandingan Spicy King ini, lelaki bernama Su muncul juara apabila berjaya memakan 15 cili dalam masa 60 saat.

Laman munchies.vice.com di internet pada Selasa menulis acara ini sebagai: “Kadang-kadang anda hanya mahu membasuh semua kepedulian di dunia ini dengan menghabiskan waktu petang yang menyenangkan di dalam rendaman cili dipenuhi capsaicin. Tiada siapa yang tahu lebih baik, selain peserta Spicy King itu sendiri!” – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru