Wednesday, August 17, 2022

Teraju yakin kontraktor Bumiputera mampu siapkan Pan Borneo ikut jadual

Secara Rawak

KUCHING: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yakin penyertaan kontraktor dan subkontraktor Bumiputera mampu memastikan projek lebuh raya Pan Borneo berjaya disiapkan memgikut jadual.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Husni Salleh berkata, dengan siapnya jaringan lebih raya ini kelak, peluang dan ruang perdagangan di antara Sarawak dan Sabah turut melonjak.

“Malah ia amat jelas memangkinkan integrasi perdagangan di antara wilayah Malaysia dengan Brunei dan Kalimantan.

Husni menambah, pusat kegiatan ekonomi baharu juga dapat diwujudkan di sepanjang lebuh raya ini, dan lebih banyak syarikat dan golongan Bumiputera dapat berkembang maju selepas itu.

Katanya, Teraju bersama rakan kolaborasi, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) dan Credit Guarantee Corporation (CGC) akan menyediakan jaminan kerajaan dan kredit untuk membantu subkontraktor Bumiputera bagi mendapatkan pembiayaan komersil daripada SME Bank dan RHB Islamic Bank.

“Program khas ini dapat meningkatkan serta mengukuhkan keupayaan subkontraktor Bumiputera untuk menyertai projek pembangunan ini, menerusi pakej pembiayaan yang kompetitif dan kemudahan pinjaman serta cagaran minimum untuk menggerakkan pelaksanaan projek.

Menurut Husni, terdapat lebih 50 subkontraktor di bawah projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak dijangka menerima manfaat daripada program rintis ini, yang turut menawarkan kemudahan pembiayaan bagi modal kerja serta perolehan aset pada kadar yang kompetitif.

“Ini boleh dilakukan dengan kadar pembiayaan asas (BFR) sehingga +1.25 peratus setahun.

Program perintis ini katanya, akan memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera tempatan untuk mengambil bahagian dalam pelbagai peringkat projek; dari peringkat perundingan sehingga ke pembangunan vendor dan pembekal. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru