Tuesday, June 28, 2022

Sekitar istiadat akad nikah pasangan diraja Tunku Aminah dan Dennis Muhammad

Secara Rawak

JOHOR BAHRU: Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz dalam Bahasa Melayu dalam istiadat akad nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene di sini, hari ini.

Pasangan DiRaja itu kelihatan anggun dan tampan memakai busana tradisional Johor, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih.

Merekq dinikahkan oleh Mufti Negeri Johor, Datuk Mohd Tahrir Datuk Kiyai Samsudin, yang diperkenan oleh Sultan Johor menjadi wakil rasmi baginda di majlis berkenan.

Istiadat pernikahan itu menyusul sejurus selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran itu disaksikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, serta ahli keluarga dan rakan terdekat.

Hadir sama, ibu bapa pengantin lelaki, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru