Friday, December 2, 2022

Nenek dan dua cucu selamat, api jilat kediaman di Kampung Opar, Bau

Secara Rawak

BAU: Seorang nenek dan dua cucunya terselamat setelah berjaya menyelamatkan diri apabila api menjilat kediaman mereka di Kampung Opar, dekat sini pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.51 pagi.

“Sebuah jentera LFRT Scania dan sebuah ambulans EMRS diikuti pacuan empat roda Dmax dengan kekuatan 10 anggota kemudian dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau.

“Pasukan yang diketuai Ebby Herwandy Sarbini tiba dalam tempoh sembilan minit dan mengambil masa 12 minit untuk mengawal kebakaran.

Katanya, ketika pasukan tiba, rumah setingkat jenis kekal itu telah terbakar 70 peratus, yang melibatkan keluasan rumah yang dianggarkan 40 x 45 kaki.

“Pasukan juga mendapat bantuan penduduk kampung, yang melakukan pemadaman menggunakan saluran gegelung hos getah dari sumber air paip rumah berdekatan.

“Di pihak kita, antara tindakan yang diambil termasuklah melakukan pemadaman menggunakan satu aliran hos 200 kaki, dua nozel dan dua unit hos saluran bantu mula, dengan sumber air daripada tangki jentera bomba.

Kata Ling Hii, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat pasukan forensik kebakaran. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru