Sunday, June 26, 2022

Lelaki Simunjan maut rempuh kereta dalam nahas awal pagi di Miri

Secara Rawak

MIRI: Seorang lelaki menemui ajal awal pagi semalam selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebrlum merempuh sebuah kereta yang sedang membelok di sini, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.30 pagi di Jalan Brighton, berhampiran Hotel Park City Everly.

“Ketika kejadian, kereta jenis Mazda 5 yang dipandu oleh seorang warga Brunei Darussalam sedang menuju ke simpang hotel tersebut, dari pusat bandar Miri, sebelum dirempuh motosikal terbabit, yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat rempuhan tersebut, mangsa maut serta-merta manakala rakan pemboncengnya cedera parah.

Bingkok berkata, identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Rijalluddin Abdullah, 19 tahun, dari Kampung Munggu Air, Simunjan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Miri untuk proses bedah siasat manakala rakannya dikejarkan ke Unit Kecemasan dan Trauma.

“Punca sebenar kemalangan masih disiasat dan kes diklasifikasikan di bawah
Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru