Tuesday, June 28, 2022

Remaja maut langgar tiang lampu dalam nahas awal pagi di Sibu

Secara Rawak

SIBU: Tiang lampu menjadi perkara terakhir yang dilihat oleh seorang remaja sebelum motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan awal pagi tadi.

Remaja berusia 17 tahun yang dikenal pasti sebagai Tay Hau Jin, kemudian ditemui mati, dengan motosikal yang ditunggangnya pecah bahagian depan, manakala mayatnya terkulai di sisi tiang lampu di Jalan Pedada, dekat sini sekitar jam 2.18 pagi.

Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Bingkok John memberitahu, insiden berlaku ketika mangsa sedang bergerak dari lampu isyarat Jalan Pedada Oya menghala ke pusat bandar Sibu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik dari Hospital Sibu.

Bingkok berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat kemudian kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk mengenal pasti punca kematian. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru