Thursday, December 8, 2022

Tingkatkan latihan dan ilmu pertahan diri untuk jadi polis profesional — Abang Ahmad

Secara Rawak

KUCHING: Sentiasa tingkatkan dan perkemas ilmu pertahanan diri untuk lebih cekap dan mahir apabila mempertahankan kedaulatan negara, pesan Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai kepada 30 anggota Perkhidmatan Light Strike Force (LSF) semalam.

Profesionalisme tegasnya, hanya dapat dipertingkat melalui latihan yang berterusan tanpa kenal erti penat dan jemu.

Katanya, beliau percaya semua anggota LSF telah mengharungi pengalaman baharu yang tidak pernah dilalui sebelum ini.

“Anda semua sebenarnya telah didedahkan kepada asas-asas ilmu dan pembentukan disiplin selain kemahiran tempur,” katanya ketika berucap menutup Latihan Dalam Perkhidmatan Light Strike Force (LSF) Siri 1/2017 peringkat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching.

Katanya, latihan ini tidak akan terhasil tanpa pengorbanan, ketabahan dan semangat yang tinggi dalam suasana latihan yang padat selama empat hari.

Latihan-latihan LSF telah dilangsungkan di Balai Polis Tabuan Jaya dan Kampung Trombol, dalam kawasan IPD Padawan, yang dikendalikan seorang pegawai dan tujuh anggota lain.

Abang Ahmad yakin dengan latihan bersesuaian selepas ini, semua anggota berupaya memikul tugas serta tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara apabila diperlukan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru