56 kes gigitan anjing baharu, 38 kes di Kuching — Kesihatan

0
4

KUCHING: Sebanyak 56 kes gigitan anjing telah dilaporkan pada hari ini, dengan Bahagian Serian mencatatkan 14 kes, Bahagian Kuching 38 kes, Bahagian Sri Aman 2 kes, dan Bahagian Samarahan 2 kes, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Jumlah ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku sejak 1 April lalu hingga ke hari ini berjumlah 1,016 kes.

“Sebanyak 41 kes gigitan telah diberi suntikan vaksinasi antirabies dos pertama menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 624 kes.

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) telah melaksanakan proses pemvaksinan 143 ekor anjing pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhannya 18,287 ekor iaitu anjing 10, 647, kucing 7,595 dan lain-lain 45 ekor.

JPVS juga setakat ini, telah mengadakan sebanyak 121 kempen kesedaran mengenai wabak penyakit Rabies di kampung-kampung dan sekolah di kawasan terlibat yang dihadiri oleh 25,682 peserta.

Dalam proses mengekang penyakit ini, program pemvaksinan, survelan, kempen kesedaran dan penyiasatan kes-kes aduan berkaitan wabak penyakit Rabies di kawasan- kawasan yang terlibat terus dilakukan.

JPVS juga memohon kerjasama daripada semua pihak yang haiwan mereka telah divaksinasi untuk mengurung dan memerhati tingkah laku haiwan masing- masing.

Sekiranya terdapat perubahan sikap daripada jinak ke ganas, menggigit sebarang benda yang bergerak, takut air dan cahaya, menyendiri, air liur berlebihan, gelisah dan agresif sila buat aduan ke Bilik Operasi Negeri JPBN Sarawak di talian 082-443991 / 446991 dan faksimili 082-442730. – Sarawakvoice