Tuesday, June 28, 2022

Tiga wartawan cedera, pacuan empat roda remuk jatuh gaung 100 meter di Ulu Baram

Secara Rawak

MIRI: Tiga wartawan akhbar tempatan di sini berhadapan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dan bergolek ke dalam gaung yang dianggarkan sedalam 100 meter.

Kejadian berlaku di Kilometer 10 Jalan Ulu Baram sekitar jam 1 petang semalam, ketika mereka dalam perjalanan ke Bario untuk membuat liputan Pesta Nukenen, yang akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Tiga wartawan malang itu dikenal pasti sebagai Lee Cheng Choi daripada See Hua Daily News, Liong Chai Ling (Utusan Sarawak) dan Ivy Ching (Sin Chew Daily).

Biarpun pacuan empat roda yang dinaiki mereka remuk, namun tiada kecederaan serius dilaporkan.

Kesemua mereka termasuk pemandu hanya mengalami cedera ringan, lebam dan sedikit trauma.

Mereka berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut, sebelum menerima rawatan lanjut di klinik milik Samling, yang terletak berdekatan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru