Terdesak, suami isteri di Limbang sembunyi syabu dalam simpulan langsir rumah

LIMBANG: Sungguh terdesak, sepasang suami isteri cuba menyembunyikan ketulan syabu dalam simpulan langsir rumah ketika polis dari Jabatan Narkotik IPD Limbang menyerbu rumah mereka di Kampung Anak Bukit, 7.30 pagi Sabtu lepas. (gambar hiasan)

Memetik Utusan Sarawak pada Selasa, Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata polis menahan lelaki, 33, dan isterinya, 29 bersama-sama syabu seberat 10.78 gram bernilai RM3,000.

Pada sidang media tersebut, Bukhori turut mendedahkan suspek lelaki positif Amphetamine dan Methampetamine.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952.

Sementara itu, pada sidang media yang sama, Bukhori berkata dalam kes lain, seorang lelaki ditahan kerana terlibat menjual nombor ekor haram serta menjalankan perjudian di Jalan Sungai Bangkita.

Lelaki berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4A(a) ARJT 1953. – Sarawakvoice