Mangsa kelima rabies, meninggal dunia malam tadi

0
30

KUCHING: Mangsa kelima jangkitan Rabies meninggal dunia sekitar jam 10.43 malam tadi di Hospital Umum Sarawak.

Tinding Lambang, 52 tahun dari Kampung Remun, Serian dipercayai digigit anjing sekitar awal Mei lalu, namun mula menunjukkan simptom Rabies pada 11 Julai iaitu lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingungan.

Pada 18 Julai, ujian makmal mengesahkan mangsa disahkan dijangkiti virus Rabies.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi mengesahkan kematian mangsa.

” Penyebab kematian adalah rabies with underlying pulmonary tuberculosis.

Sehingga hari ini, terdapat lima kes dalam kalangan manusia yang telah disahkan positif rabies dengan kesemuanya telah meninggal dunia.

Kesemua kes adalah dilaporkan di Serian Sarawak. Tiada kes baru dilaporkan buat masa ini.

“Sebanyak 20 kawasan di dalam tiga Bahagian iaitu Bahagian Serian, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Kuching telah diisytiharkan kawasan jangkitan rabies dalam kalangan haiwan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

“Sehubungan itu, aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk pengesanan kes gigitan anjing mengikut prosedur sedia telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Pejabat Kesihatan Bahagian yang terlibat.

Sehingga semalam, sebanyak 770 kes gigitan haiwan (anjing dan kucing) di dalam tiga Bahagian yang terlibat telah dikesan dan diberikan rawatan lanjut. – Sarawakvoice