670 ekor anjing divaksin susulan pewartaan dua kawasan baharu, termasuk di Kuching

0
14
Gambar hiasan

KUCHING: Susulan pewartaan dua kawasan baharu jangkitan virus Rabies,
pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak telah mengadakan operasi pemvaksinan haiwan peliharaan di Dewan Masyarakat Kampung Semeba, di sini bermula jam 10.30 pagi semalam.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jumlah anjing yang telah diberi vaksin di kampung tersebut adalah sebanyak 670 ekor, iaitu 231 ekor di Kampung Semeba, Kampung Sudat (87 ekor), Kampung Tematu (69 ekor), Kampung Bumbok (69 ekor), Jalan Stephen Yong (44 ekor), Batu 5 Jalan Semeba (18 ekor) dan di luar kawasan Semeba dalam lingkungan 10 kilometer (152 ekor).

“Sehingga kini sejumlah 13,540 ekor haiwan peliharaan yang terdiri daripada 5,900 ekor anjing, 7,595 kucing dan 45 haiwan lain di kawasan yang terlibat telah divaksinkan.

Pagi tadi, kawasan wabak penyakit Rabies telah diperluaskan dengan dua lagi tempat yang diisytihar hari ini sebagai kawasan wabak iaitu Kampung Entubuh, Tebedu dan Lorong 11, Batu 5, Jalan Semeba.

Ini menjadikan 20 tempat telah di isytiharkan sebagai kawasan wabak penyakit Rabies.

“JPVS akan meneruskan aktiviti-aktiviti pemvaksinan, survelan, kempen kesedaran dan penyiasatan kes-kes yang dilapor berkaitan wabak penyakit Rabies di kawasan-kawasan yang terlibat sebagai langkah mengawal penularan wabak tersebut.

Sementara itu, secara kumulatif dari 2 hingga 23 Julai, sebanyak 329 kes gigitan baharu telah dikesan, dengan 20 kes di Bahagian Serian dan 1 kes di Bahagian Sri Aman adalah kes gigitan yang dilaporkan pada hari ini.

“Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku semenjak 1 April hingga ke hari ini berjumlah 770 kes.

Kata jawatankuasa terbabit, seramai 459 orang telah datang untuk menerima suntikan vaksin.

” abatan Kesihatan Negeri Sarawak sedang dalam usaha untuk menghubungi mereka yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin,” katanya lagi. – Sarawakvoice