KUCHING: Video yang menunjukkan seorang lelaki yang menghidap rabies selepas digigit anjing menyalak seperti anjing mulai tular di negara ini.

Kejadian itu sebenarnya bukan berlaku di negara ini, tetapi di sebuah negara Afrika.

Benua Afrika mempunyai 54 negara.

Sarawakvoice cuba meneliti tempat kejadian itu berlaku.

Menurut  The Namibian, lelaki yang dikenali sebagai Malakia Malamba itu digigit anjing di bahagian perut di kawasan bernama Okuryangava, Namibia pada Mac tahun lalu.

 

Ketika ditahan di sebuah hospital pada bulan April,  lelaki itu kelihatan bernafas seperti anjing, dan menyalak bertalu-talu.

Menyaksikan video itu memberi gambaran betapa dahsyatnya kesan gigitan anjing dan rabies.

“Amat menyedihkan dan kesian melihat penderitaan lelaki itu,” kata Maimunah Ahmad yang berkesempatan melihat video itu.

“Saya tak faham mengapa anjing itu menerkam ke arah saya. Saya tak melarikan diri. Saya berasa amat sakit ketika itu,” kata Malakia sambil mengakui telah mendapat suntikan antirabies ketika itu.

Doktor yang dikutip akhbar itu berkata, sesetengah orang mungkin menganggapnya aneh atau Malakia terkena sihir.

Tetapi doktor itu mengakui, bukan mustahil seseorang yang terkena rabies boleh menyalak seperti anjing.

“Saya telah menyaksikan empat kes. Ini merupakan kes kelima pesakit menyalak seperti anjing,” kata doktor yang dikutip The Namibian.

Tidak pula diketahui sama ada kes seperti ini pernah direkodkan di negara ini. – Sarawakvoice