ASPEN: Badan perisikan Amerika Syarikat, CIA, mendakwa rakyat Korea Utara lebih suka pemimpin tertinggi rejim Kim Jong-un dari jabatannya sebagai pemimpin tertinggi Pyongyang.

Pengarah CIA Mike Pompeo pada forum di Aspen, Colorado berkata, Presiden AS Donald Trump setiap hari mengikuti perkembangan Korea Utara, khususnya berkaitan isu senjata nuklear.

Pompeo berkata, pendorong ancaman nuklear sebenarnya adalah Kim Jong-un.

UPI pada Ahad melaporkan Pompeo berkata, “menjadi hal yang hebat melucut nuklear di Semenanjung Korea, namun hal yang paling berbahaya ialah watak yang mengendalikan nuklear ketika ini.”

Pengarah CIA itu turut berkata, keinginan AS ketika ini ialah memisahkan Jong-un dengan cita-cita senjata nuklear yang diwaris daripada cita-cita ayah dan datuknya pengasas negara komunis itu.

“Hal penting yang perlu kita lakukan ialah untuk memisahkan kedua-duanya. Benar? Memisahkan kapasitinya serta seseorang yang mungkin memiliki niat dan mematahkan kedua-duanya,” kata Pompeo.

Namun, Pompeo berkata, pandangannya itu bukan cadangan menggulingkan Jong-un dari kerusi kuasanya.

Bagi Pompeo beliau hanya menggambarkan, situasi ketika ini tidak memihak kepada AS serta rakyat Korea Utara.

Pompeo bagaimanapun berharap terdapat formula bagi memisahkan rejim dengan sistem dan cita-cita nuklear pemimpinnya.

“Saya yakin rakyat Korea Utara terdiri daripada orang baik dan mereka berharap Jong-un tersingkir,” ujar Pengarah CIA itu. – Sarawakvoice