S’wak-Kalimantan tubuh jawatankuasa tangani rabies, kini tular di Serian, Sri Aman

0
4

KUCHING: Kenyataan media Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada Jumaat, 21 Julai, mengesahkan dari 2-21 Julai, sebanyak 260 kes gigitan baru berkaitan gigitan anjing dikesan berlaku di Serian dan Sri Aman.

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku semenjak 1 April hingga tarikh terkini berjumlah 624 kes.

Kenyataan tersebut menyebut, seramai 395 orang datang menerima suntikan vaksin.

Sementara, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak berusaha menghubungi mereka yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin.

Bagi menangani wabak rabies, kenyataan tersebut meminta masyarakat mengambil langkah berikut:

  1. 1. Pastikan haiwan kesayangan dikurung, diikat, atau diletakkan di dalam kawasan berpagar mengelak haiwan tersebut daripada dihampiri anjing lain.
  1. 2. Jadi pemilik haiwan bertanggungjawab dengan mendapatkan suntikan vaksinasi rabies untuk haiwan peliharaan.
  1. 3. Haiwan yang baru sahaja menerima suntikan vaksin masih perlu dikurung kerana vaksinasi rabies memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan untuk menjadi efektif.
  1. 4. Pemiliki haiwan diminta memantau haiwan peliharaan bagi sebarang perubahan tingkah laku. Segera hubungi pejabat veterinar mengaku perubahan sikap haiwan masing-masing.
  1. 5. Menghindari diri daripada anjing atau kucing tidak bertuan.

6. Elakkan memberi makan, bermain atau mengacau anjing atau kucing yang tidak bertuan.

7. Pastikan tong sampah sentiasa bertutup mengelak haiwan liar tertarik mendapatkan sisa makanan.

  1. 8. Ibu bapa diminta memesan anak-anak agar mengelak diri daripada haiwan liar atau bertuan/ domestik. Kanak-kanak diingatkan memberitahu ibu bapa sekiranya mereka digigit atau tersentuh anjing atau kucing.
  1. 9. Jika digigit anjing, sila bertenang dan memberi perhatian kepada perwatakan haiwan terbabit.
  1. 10. Segera mencuci luka gigitan menggunakan air bersih yang mengalir seperti air paip dan sabun selama 15 minit.
  1. 11. Setelah mencuci luka gigitan, segera ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan mendapatkan pemeriksaan lanjut.

12. Haiwan berkenaan hendaklah dikurung dan keadaan kesihatan haiwan tersebut dipantau selama 14 hari. Sekiranya haiwan tersebut bukan milik anda, minta tuan empunya haiwan tersebut mengurungnya.

13. Segera memberitahu pihak veterinar terdekat sekiranya tingkah laku haiwan berubah, sakit atau mati.

Kenyataan menyebut, vaksin diberikan kepada kes gigitan anjing dan kucing memenuhi kriteria klinikal.

Namun, diperingatkan, walaupun haiwan kesayangan mereka diberi vaksin, masyarakat diseru tidak membiarkan haiwan berkeliaran dan diminta tidak bermain dengan haiwan berkenaan.

Bagi mereka yang digigit anjing diminta tampil ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan bagi pemeriksaan lanjut dengan kadar segera.

Sementara, pada Khamis, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPVS) Sarawak memvaksin 1,509 ekor anjing di Dewan Masyarakat Batu 10, Kota Pedawan.

Setakat ini 12,635 ekor haiwan kesayangan; terdiri daripada 4,995 anjing, 7,595 kucing dan 45 haiwan lain divaksin di kawasan positif rabies.

JPVS mengadakan 89 kempen kesedaran berkaitan rabies di kawasan terlibat yang dihadiri 11,050 penduduk kampung dan pelajar.

Orang ramai diminta menghubungi Bilik Gerakan JPVS di talian 082-612949/611607 melaporkan sikap ganjil atau perubahan tindakan haiwan peliharaan masing-masing.

Sementara, dalam perkembangan lain Jawatankuasa Khas Kerjasama Pencegahan dan Kawalan Wabak Rabies sedia ditubuhkan memudahkan Sarawak-Kalimantan bekerjasama menangani wabak anjing gila atau rabies.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, jawatankuasa khas Sarawak dan Kalimantan bermesyuarat di sempadan kedua-dua kawasan.

Sarawak diwakili Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar) Datuk Jaul Samion.

Manakala, Konsul Fungsi Konsuler Muhammad Abdullah mewakili Konsulate Jeneral Republik Indonesia di Kuching.

Jawatankuasa menetapkan enam agenda dicapai iaitu perkongsian berkenaan wabak rabies daripada kedua-dua pihak terlibat; langkah kerjasama yang diambil bagi mencegah dan mengawal wabak rabies; membentuk kumpulan khas yang akan membantu dalam usaha mencegah dan mengawal rabies. – Sarawakvoice