Lebih 2,000 penduduk Sarawak hadiri Hari Sarawak di Kuching

0
3

KUCHING: Lebih 2,000 penduduk hadir ke Majlis Sambutan Hari Sarawak yang dilangsungkan di Tebingan Kuching, pagi ini.

Sambutan dimulakan sejurus ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dengan persembahan bicara berirama oleh murid SK Astana Kuching.

Program kemudian diserikan dengan acara tarian sebelum ucapan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Yang di-Pertua Negeri kemudian melancarkan simbolik perasmian sebelum beredar melawat pameran.

Malam ini sambutan diteruskan dengan acara konsert rakyat di lokasi yang sama.

Sambutan ini dilangsungkan bagi memperingati perjuangan kemerdekaan Sarawak hingga mencapai pemerintahan sendiri pada 22 Julai 1963. – Sarawakvoice