Tuesday, September 27, 2022

Vokalis Linkin Park mati gantung diri

Secara Rawak

NEW YORK: Chester Bennington, 41, vokalis kumpulan rock alternatif terkenal, Linkin Park, dijumpai mati tergantung di rumahnya di Palos Verdes pada Khamis.

Ketua Operasi Jabatan Koroner Los Angeles Brian Elias, berkata kes berkenaan disifatkan sebagai bunuh diri.

Jabatan koroner menerima panggilan sejurus selepas 9 pagi waktu setempat memaklumkan berkaitan penemuan mayat Bennington di kediaman mewahnya.

Bennington dipercayai menggantung diri ketika dia sendirian di rumah dan ketika itu keluarganya berada di luar kawasan.

Menurut AFP, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Bennington mengakui dia didera secara seksual pada zaman kanak-kanaknya di Arizona oleh seorang kenalan keluarganya.

Bennington menjadi alkoholik dan penagih dadah ketika berusia 11 tahun, selepas ibu bapanya bercerai.

Letusan kemarahan Bennington banyak disalurkan dalam lirik lagunya menerusi muzik heavy metal.

Pada Mei lepas lalu, Bennington pernah meluahkan rasa sedih mendalamnya atas kematian rakan karibnya, vokalis kumpulan Soundgarden, Chris Cornell.

Linkin Park sudah menjual lebih 70 juta album di seluruh dunia sehingga kini.

Linkin Park dalam jadual memulakan siri jelajah mereka minggu depan membabitkan persembahan di stadium bola lisut Citi Field di New York. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru