Tuesday, August 16, 2022

SPRM cari Mohd Don Adi asal Kuching untuk bantu selesai kes rasuah

Secara Rawak

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan satu kes rasuah yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuching, pada 26 Julai depan.

Individu tersebut, Mohamad Don Adi Morshidi, 35 tahun mempunyai alamat terakhir di Kampung Tabuan, selain alamat surat-menyurat di Kampung Tabuan Lot, kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu kata kenyataan itu lagi, SPRM memohon agar individu tersebut tampil ke Mahkamah Tinggi Kuching, pada tarikh sapina tersebut.

“Sekiranya mana-mana ahli keluarga atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut, sila maklumkan Pejabat SPRM Sarawak di Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, di Jalan Laksamana Cheng Ho di sini atau hubungi pegawai penyiasat, Mohd Fadzli Abdul Manaf di talian 082-467701 / 012-3932731,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru