Tuesday, December 6, 2022

Datuk, 80-an, berjalan 12 jam sejauh 60 km, bawa telur untuk cucu khuatir kebulur

Secara Rawak

ZUNYI: Seorang datuk berusia 80-an berjalan kaki perlahan-lahan seorang diri di lebuh raya dekat Kota Zunyi, wilayah Guizhou, China pada petang Isnin, 17 Julai lepas.

Shanghaiist pada Khamis, 20 Julai melaporkan, khuatir dengan keselamatan lelaki tua itu, polis menghampirinya.

Selepas ditanya, datuk itu mengaku dia berjalan sejauh itu dari rumahnya, semata-mata mahu mahu berjumpa cucunya untuk memberi cucunya puluhan biji telur yang dibawanya.

Datuk itu menjelaskan, dia khuatir cucunya pekerja buruh tidak cukup makan, justeru dia nekad berangkat 7 pagi dari rumahnya dan sudah berjalan 12 jam sejauh 60 kilometer ketika ditahan polis untuk menuju tempat berteduh cucunya itu.

Dia masih ada banyak kilometer lagi untuk diredah di hadapan untuk menuju lokasi cucunya!

Kasihan dan simpati melihat lelaki tua itu, polis terus menawar menghantarnya terus bertemu cucunya.

Datuk itu memberitahu dia tidak mahu menaiki bas kerana perlu menjimatkan wang.

Dia juga mengaku beberapa biji telur dibawanya pecah semasa dalam perjalanan.

Sampai di lokasi, cucunya terkejut mendapati neneknya datang berkunjung.

Tersentuh dengan cara neneknya datang itu, si cucu berjanji mengajaknya makan enak hari itu.

Kisah datuk yang nekad ini menjadi viral di China dan membuat para netizen terharu mendengar kisahnya.

Ramai juga meluahkan rasa khuatir keselamatan datuk itu yang berjalan seorang diri di lebuh raya dengan banyak kenderaan itu di pandu laju. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru