Monday, November 28, 2022

Lelaki jadi perempuan 20 tahun demi ibunya

Secara Rawak


GUILIN: Seorang anak lelaki sanggup berpakaian wanita demi membantu ibunya daripada mengalami gangguan jiwa lebih parah menjelang kematian adik-beradik perempuan yang juga anak kesayangan ibunya.

Lelaki dari Gulin, Guangxi, China itu berpakaian wanita sudah 20 tahun sehingga dia langsung tidak memiliki pakaian lelaki.

Penyamarannya berjaya menghiburkan hati ibunya yang sakit dan dia langsung tidak mengendahkan apa yang orang lain kata terhadapnya.

Memetik laporan Mirror pada Selasa lelaki itu berkata, “yang penting dia (ibu) sangat bahagia, jadi saya terus lakukannya.

Bagaimanapun, ibu lelaki itu pada dasarnya menyedari perempuan yang tinggal bersamanya kini, bukan anak perempuannya yang sebenar.

Dalam sebuah video, si ibu menyebut anak lelakinya menyamar jadi anak perempuannya selepas dia meninggal dunia.

Di internet, ada netizen memuji lelaki tersebut.

Sementara, ada netizen bertanya di internet, kenapa si ibu tidak pula bertanya ke mana anak lelakinya pergi (selepas menyamar jadi orang lain)? – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru