Lelaki dewasa mangsa terkini rabies di Serian

0
9

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan satu kes baharu yang disahkan rabies melalui ujian makmal pada 18 Julai.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, mangsa merupakan seorang lelaki berumur 52 tahun dari Kampung Remun, Serian.

“Mangsa mempunyai sejarah digigit anjing pada awal Mei lalu dan pada 11 Julai, telah mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingungan.

“Mangsa telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (SGH) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sehingga 18 Julai kata Noor Hisham, terdapat lima kes rabies di Serian, dengan empat kes telah meninggal dunia dan satu lagi sedang dirawat di SGH. – Sarawakvoice