Kawasan wabak rabies kini di Pekan Siburan dan memasuki sempadan Sri Aman — Douglas Uggah

0
11

KUCHING: Situasi jangkitan rabies semakin membimbangkan apabila tiga kawasan baru diisytiharkan kawasan wabak rabies Pekan Siburan (Serian), Kampung Temong Mura (Tebedu), dan Rumah Janta Punggu Mawang (Sri Aman).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk  Amar Douglas Uggah Embas,  memaklumkan bahawa laporan hasil keputusan makmal yang baharu diterima jawatankuasa mendapati bahawa masih terdapat sampel positif anjing dan kucing dalam lingkungan 10 kilometer dari kawasan wabak di Bahagian Serian iaitu Kampung Ampungan, Kampung Mentong Berawan, Kampung Mentong Silaga, Kampung Engkabang, Kampunh Tampek Sumpas, Kampung Rasau, Bandar Serian dan Batu 45 Jalan Kuching-Sri Aman.

“Selain itu, operasi bersepadu yang dikelolakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dan Kementerian Kerjaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah giat dijalankan di Pasar Batu 7, Batu 10 dan Pekan Siburan susulan pengisytiharan Pekan Siburan sebagai kawasan positif rabies kepada anjing.

“Sehingga hari ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak telah memvaksin
9,185 haiwan iaitu 2,656 ekor anjing, 6,491 ekor kucing dan 38 ekor lain-lain.

Sementara itu, sebanyak 49 kes merupakan kes gigitan yang berlaku telah dilaporkan semalam menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku semenjak 1 April lalu hingga ke hari ini berjumlah 415.

“Seramai 298 orang telah datang untuk menerima vaksin,” katanya lagi yang masih khuatir kelompok yang enggan mendapatkan suntikan. – Sarawakvoice