Sunday, September 25, 2022

Duterte janji perluaskan autonomi selatan Mindanao untuk Bangsamoro baru

Secara Rawak

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte berjanji mempercepat memperluas status autonomi kepada bahagian paling bergolak negara tersebut, wilayah selatan Mindanao.
Pemberian autonomi bertujuan meredakan pemberontakan panjang berlangsung sedekad sekali gus menampan munculnya gerakan kumpulan militan.

Undang-Undang Dasar Bangsamoro (BBL) diserahkan kepada Duterte pada Isnin lepas, 18 Julai sebagai kemuncak proses damai yang berlangsung 20 tahun antara kerajaan Filipina dengan Gerakan Pemisah Moro (MILF).

Matlamat BBL menjadikan wilayah majoriti Muslim di selatan Pulau Mindanao sebagai wilayah autonomi yang lebih bermakna dengan memiliki badan eksekutif, legislatif dan kemampuan fiskal sendiri.

Menurut laporan Okezone yang memetik Asian Correspondent pada Selasa, Duterte berkata, “saya katakan kepada saudara saya, saya akan menyokong dan mempercepat instrumen ini menuju lembaga legislatif.

“Tiada halangan terhadap semua ketentuan yang sesuai dengan konstitusi dan aspirasi rakyat Moro,” ujar Duterte.

Jika tertunai, rancangan Undang-undang tersebut menjadi prestasi besar Duterte yang pernah menjadi Datuk Bandar selama 22 tahun di salah satu kota di Mindanao.
Inisiatif Duterte kali ini menjadikan kesepakatan damai terpenting dengan pemisah Muslim termasuk dengan kumpulan pro-Marxis di selatan Mindanao.

BBL mendesak pembentukan wilayah autonomi di dalam negara Filipina yang disebut Bangsamoro yang merujuk kepada penduduk Islam di selatan Filipina yang dipanggil Moro semasa penjajahan Sepanyol.

RUU tersebut disepakati oleh sebuah panel perwakilan pemerintah, MILF dan kumpulan agama bagi menetapkan majlis legislatif terpilih, seorang menteri utama dan kabinet.

RUU tersebut merupakan kesepakatan untuk mengagih dan membahagikan pendapatan dari hasil sumber alam, bagi menyokong pemerintahan Bangsamoro yang baru.

Mindanao seluas hampir 95,000 kilometer, pulau kedua terbesar Filipina memiliki sekitar 22 juta penduduk dengan penganut Katholik 60 peratus dan Islam 21 peratus.

Bangsamoro kebanyakannya menduduki selatan Mindanao bersama Muslim lain mencapai populasi sekitar 6 juta orang.

Kawasan Autonomi Muslim Mindanao (ARMM) di bawah Misuari mencakupi Maguindanao, Lanao del Sur, Sulu dan Tawi-Tawi yang terbentuk pada 1989 sebagai autonomi Filipina Selatan sebagai hasil kesepakatan damai antara MNLF dengan kerajaan pusat Filipina.

Kemunculan MILF dan kumpulan Abu Sayyaf pernah memboikot ARMM dan bertegas memperjuangkan kemerdekaan.

Kini, MILF menerima autonami, akan tetapi mahu syarat wilayah autonami ARMM diperluas dengan ditambah beberapa wilayah lagi didiami majoriti Islam di selatan Mindano. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru