Tuesday, June 28, 2022

Bekas Tuai Rumah maut dalam kemalangan jalan raya di Saratok

Secara Rawak

SARATOK: Seorang lelaki yang juga bekas tuai rumah maut dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu, kemalangan membabitkan pertembungan di antara dua buah kenderaan iaitu Toyota Rush dan Perodua Kancil.

Menurut saksi, semasa kejadian kenderaan jenis Perodua Kancil dikatakan datang dari arah Saratok manakala Toyota Rush sedang dalam perjalanan dari arah Sarikei ke Saratok.

Kemalangan berlaku di kawasan jalan Batu Burak berhampiran dengan Simpang Roban.

Akibat pertembungan itu pemandu Perodua Kancil yang dikenali sebagai Mat@Ring Anak Nyaru berumur 55 tahun tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala penumpang sebelahnya, Endu Anak Sawing berumur 58 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Saratok dengan ambulans.

Pemandu Toyota Rush pula hanya mengalami kecederaan ringan serta mengadu sakit bahu dan turut dihantar ke Hospital Saratok.

Pihak Balai Bimba dan Penyelamat (BBP) Saratok dengan diketuai PBK II Yusuf bin Tamin terlibat dalam operasi menyelamat mangsa. Turut terlibat pihak polis dan Hospital Saratok. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru