Wednesday, September 22, 2021

Kereta terbabas dan terbalik, kanak-kanak setahun maut di Serian

Mesti baca

SERIAN: Seorang kanak-kanak maut selepas kereta yang ditumpangnya hilang kawalan sebelum terbalik pagi semalam.

Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, insiden berlaku dalam suasana hujan renyai di Kilometer 64, Jalan Kuching-Sri Aman.

“Sekitar jam 9.30 pagi semalam, kereta jenis Perodua Myvi yang ditumpangi mangsa sedang bergerak lurus dari arah Sri Aman menuju Kuching.

“Apabila sampai di lokasi nahas, kenderaan tersebut hilang kawalan sebelum terbabas dan masuk dalam parit.

Mangsa kata Bingkok, kemudian dikeluarkan orang awa sebelum dikejarkan ke Hospital Serian namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Mohamad Faiq Isyraf Abdullah yang berusia setahun sebulan, dari Kampung Pangtray, Daro.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru