19 gigitan anjing dilapor hari ini — Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri

0
4

KUCHING: Sehingga jam 5 petang tadi sebanyak 19 kes gigitan anjing dilaporkan berlaku di Daerah Serian hari ini, menjadikan keseluruhan 26 kes gigitan baharu untuk tempoh 2 hingga 16 Julai.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku semenjak 1 April lalu kepada 332 orang.

“Daripada jumlah itu, seramai 235 orang telah hadir ke klinik dan hospital untuk menerima suntikan vaksin.

“Sekali lagi kita memohon mereka yang telah digigit anjing dalam kawasan terlibat untuk tampil pada kadar segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan vaksin,” katanya.

Sementara itu, sehingga petang tadi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) telah memvaksinkan 5,850 ekor haiwan peliharaan yang terdiri daripada 1,626 ekor anjing, 2,810 kucing dan 23 haiwan lain.

“Semalam sebanyak 516 ekor anjing dan 1,019 ekor kucing daripada 263 pemilik haiwan telah diberi vaksin di kawasan bandar Serian, dan diteruskan lagi hari ini bermula jam 10 pagi tadi,” katanya lagi. – Sarawakvoice