Seroban kini diisytihar kawasan jangkitan rabies

0
3

KUCHING: Kampung Seroban di Daerah Serian, sebentar tadi menjadi kampung keenam yang diisytihar sebagai kawasan jangkitan rabies.

Pengisytiharan itu dilakukan oleh Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Deklarasi ini termaktub di bawah Seksyen 37(1) Ordinan Kesihatan Awam Haiwan 1999.

Pada 7 Julai lalu, lima buah kampung yang diisytihar di bawah seksyen yang sama ialah Kampung Krait, Paon Rimu, Paon Rimu Bakung, Kampung Remun dan Kampung Lebor.

Setakat ini wabak ini telah mengorbankan dua nyawa iaitu dua beradik berusia 4 dan 6 tahun, manakala dua lagi mangsa sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi Padiatrik Hospital Umum Sarawak. – Sarawakvoice