Tuesday, June 28, 2022

Kereta empat sekeluarga dirempuh dari belakang ketika berehat hilangkan rasa mengantuk

Secara Rawak

KABONG: Empat sekeluarga berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki dirempuh dari arah belakang ketika sedang berhenti bagi menghilangkan rasa mengantuk di kawasan jalan raya Kampung Alit petang semalam.

Ketika kejadian empat beranak itu sedang dalam perjalanan balik ke rumah selepas balik dari sekolah.

Namun sewaktu dalam perjalanan lelaki yang memandu kereta jenis Axia itu terasa mengatuk yang teramat sangat dan mengambil langkah selamat memberhentikan keretanya di tepi jalan raya untuk melelapkan mata seketika.

Begitupun ketika sedang melelapkan mata lelaki berkenaan dan keluarganya tersentak apabila dikejutkan dengan satu rempuhan kuat menyebabkan keretanya bergegar dan dikuti dengan bunyi dentuman kuat.

Seimbas lalu juga dia sempat melihat sebuah kereta hitam terpelanting masuk ke dalam parit.

kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu menyebabkan tayar bahagian belakang sebelah kanan tertanggal dan meletup akibat rempuhan.

Kereta yang merempuh pula terhumban dan terbalik di dalam parit di kawasan kejadian.

Pemandu kereta yang merempuh tadi berjaya keluar dari kereta bagi menyelamatkan diri dengan bantuan orang ramai dan sekadar mengalami kecederaan ringan.

Manakala empat sekeluarga dari kereta jenis Axia tidak mengalami sebarang kecederaan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru