Tuesday, June 28, 2022

Seorang sah maut, lori tangki terbakar, ranapkan kenderaan lain di Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Seorang lelaki rentung dalam satu insiden kebakaran lori tangki minyak di Jalan Kidurong, berhadapan Bintulu Medical Centre di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam
11.53 pagi.

“Dua jentera Scania serta sebuah lori tangki air dengan kekuatan 17 anggota kemudian dikejar ke lokasi sekitar jam 11.54 pagi dan tiba lima minit kemudian.

Berdasarkan laporan lokasi, katanya sebuah lori tangki yang membawa minyak Petrol Ron 95 telah terbalik dan terbakar, dan menyambar sebuah pacuan empat roda Hilux serta tiga kenderaan lain, selain sebuah motosikal.

“Api turut marak sejauh 200 meter.”

Operasi pemadaman menurut Ling Hii, menggunakan tiga aliran dan lima nozel, dengan sumber air dari pili bomba dan satu aliran menggunakan buih.

Setelah api dipadamkan, seorang mangsa ditemui rentung di bawah salah sebuah kenderaan yang terbakar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zailani Amit berkata, sebelum kejadian, lori tangki tersebut datang dari arah Kidurong dan membelok ke arah Tanjung Batu dalam keadaan agak laju.

“Semasa hendak membelok, lori tersebut telah terlanggar pembahagi jalan hingga menyebabkan lori tidak stabil dan tumbang sebelum meletup.

“Lima buah kenderaan dan sebuah motosikal yang berhenti di lampu isyarat dari arah bertentangan juga telah terbakar sama.

Kata Zailani, mangsa yang rentung di bawah pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner telah dikenal pasti sebagai Martin Joshua, 31 tahun, pemandu lori tangki tersebut.

Seorang lagi mangsa yang cedera ialah penunggang motosikal terbabit. – Sarawakvoice

Lokasi bersebelahan:

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru