Wednesday, December 7, 2022

Pemimpin BN perlu kurangkan bercakap, banyakkan kerja – Musa Aman

Secara Rawak

KOTA KINABALU: Pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah perlu terus bekerja keras untuk kebajikan rakyat tanpa memilih musim. Malah mereka juga diminta kurang bercakap, berpolemik dan politiking kerana tumpuan bukannya untuk kepentingan peribadi, tetapi untuk kesejahteraan rakyat.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang mahukan setiap pemimpin menunjukkan gerak kerja BN yang sebenar.

“Kurangkan bercakap, banyakkan bekerja…kita kurangkan politiking dan polemik, tumpukan usaha untuk bekerja dan berkhidmat membela rakyat,” katanya.

Dengan cara itu katanya, BN dapat mengatasi apa juga cabaran yang bakal dihadapi termasuk dalam berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang.

Katanya, setiap pemimpin dan anggota BN perlu yakin setiap masalah yan timbul dapat diselesaikan dengan baik sesuai dengan semangat parti.

Ini biar apa pun masalah atau cabaran yang datang, keutamaan adalah memastikan rakyat tidak terabai dan mendapat yang terbaik di bawah pemerintahan BN.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru