SRI AMAN: Mayat mangsa yang hilang di Sungai Batang Lupar petang Jumaat lalu berjaya ditemui pagi ini.

Mayat mangsa ditemui oleh pihak yang terlibat mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan Sungai Berangan Tanjung Beliung Lingga.

Sewaktu dijumpai mayat mangsa dalam keadaan sempurna cuma ada sedikit kecederaan di bahagian lengan.

Menurut seorang penduduk, Abang Ali Abang Amin yang berada dilokasi SAR, pasukan SAR berjaya menemui mayat mangsa kira-kira jam 11 pagi tadi.

Pada Jumaat lalu, seorang lelaki dari Kampung Hilir Lingga dilaporkan hilang di sungai ketika balik dari menangkap ikan bersama bapanya.

Mangsa Mohd Harfa Bin Mahdihi,25 Tahun, dan masih bujang dilaporkan hilang dan dipercayai terjatuh ketika duduk di bahagian bumbung bot.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman memerima panggilan berhubung kejadian itu jam 5 petang semalam dan bertindak atas laporan itu, pihak BBP Sri Aman kekuatan anggota seramai 6 orang yang diketuai oleh PBK I Bangga Baie bergerak ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Untuk operasi SAR yang berlangsung sepanjang pencarian membabitkan penglibatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) serta penduduk kampung.

Sebaik mayat mangsa berjaya ditemui operasi SAR ditamatkan. – Sarawakvoice