Tuesday, June 28, 2022

Pemimpin Amanah mengigau pada siang hari, kata Pas

Secara Rawak

KOTA BHARU:  Pertikaman lidah dan sindir-menyindir terus berlarutan antara pemimpin Pas dan  Parti Amanah Negara (PAN) berkaitan calon Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum (PRU) nanti.

Terbaharu, Pas penyifatkan Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa sebagai mengigau pada siang hari.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, memandangkan Kelantan masih mempunyai menteri besar ketika ini, maka ia tidak perlu mengemukakan nama menteri besar sebagaimana yang dituntut pihak lawan.

Husam sebelum ini menyenaraikan nama menteri besar Kelantan selepas PRU-14 dan mendesak Pas berbuat demikian.

“Senarai nama menteri besar biasanya dikemukakan sewaktu kita belum pegang kuasa,” katanya, sambil menyindir bahawa Husam dipilih DAP.

DAP, ujarnya lagi,  tidak  mempunyai penyokong di Kelantan.

Sekarang, katanya, Pas sudah pegang kuasa kerajaan, justeru yang  menjadi menteri besar sekarang inilah yang akan menjadi menteri besar selepas ini selagi masih sihat.

“Selepas PRU 14 nanti tentu sekali lagi Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dilantik menjadi menteri besar sekiranya Pas kekal menguasai kerajaan,” katanya.

Ahmad merupakan Menteri Besar Kelantan sekarang.

“Saya rasa pemimpin PAN mengigau sebab Kelantan sudah ada menteri besar tiba-tiba dia minta senarai nama pula,” katanya di sini, semalam sebagai mengulas kenyataan Husam yang mendesak Pas menamakan calon menteri besar untuk PRU-14.

Katanya, menteri besar Kelantan sekarang bertugas dengan baik, malah dipilih sendiri bekas menteri besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan direstui istana. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru