Wednesday, September 22, 2021

Pemandu tersepit, kereta bertembung treler di Lachau Sri Aman malam tadi

Mesti baca

SRI AMAN: Satu kemalangan berlaku membabitkan lori treler bertembung dengan kereta Proton Wira di kawasan pekan Lachau,Sri Aman malam tadi.

Kemalangan tersebut menyebabkan seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu di dalam kereta proton jenis Wira Aeroback.

Pihak Bomba dan Penyelamat (BBP) menerima pangilan bagi memaklumkan kejadian kira-kira jam 9.21 malam.

BBP Sri Aman dengan kekuatan lima anggota yang diketuai PPgB William bergerak ke lokasi kira-kira jam 9.28 malam dan tiba dilokasi kejadian yang jaraknya sejauh 50 kilometer jam 10.08 malam.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman terus bertindak membantu mengeluarkan mangsa daripada kereta proton jenis Wira Aeroback tersebut.

Sewaktu dikeluarkan mangsa masih dalam keadaan sedar meskipun tersepit di bahagian tempat duduk pemandu. Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan badan. Operasi tersebut tamat jam 10.15 malam.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa yang juga pemandu kereta tersebut dikenali sebagai Stanley anak Dunstan berusia 56 tahun.

Manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum itu.

Pemandu treler bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

PDRM Sri Aman dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) antara agensi yang turut terlibat membantu operasi menyelamat pada malam tersebut. – Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru