Thursday, December 8, 2022

Pesurujaya Polis Sarawak dan Timbalan bertukar

Datuk Amer Awal dilantik Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Polis Sarawak dan Timbalannya merupakan antara 46 pegawai kanan polis yang akan naik pangkat dan terlibat dalam pertukaran besar-besaran berkuat kuasa pada 7 Ogos depan, seperti yang diumum Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Bakar semalam.

Datuk Mazlan Mansor yang memimpin kejayaan cemerlang menangani pelbagai kes berprofil tinggi di Bumi Kenyalang sepanjang dua tahun lalu akan menjawat jawatan baharu sebagai Ketua Polis Selangor.

Datuk Mazlan Mansor

Beliau akan melapor diri pada 10 Julai ini selepas Datuk Abu Samah Mat bersara wajib.

Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am) Bukit Aman, DCP Datuk Amer Awal akan melapor diri hari yang sama sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu.

Berkuat kuasa tarikh yang sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Abdul Aziz Yusof akan menggantikan Datuk Amer sebagai Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am) Bukit Aman.

Jawatan beliau di Sarawak akan disandang Timbalan Pengarah (Perlucutan Harta/ Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching, DSP Lim Bak Phai pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor dengan memangku pangkat Superintendan.

DCP Datuk Amer Awal

Pegawai kanan lain yang terlibat dalam pertukaran ialah Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam menggantikan Datuk Seri Mohd Sabtu Osman yang bersara wajib.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh pula mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman menggantikan Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Sementara Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Abdul Ghafar Rajab dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman yang baharu.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd pula dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sementara jawatan yang ditinggalnya diisi oleh Setiausaha Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru