10 rakyat M’sia seludup 100 kg emas bernilai RM19 juta di Jepun

0
15

OSAKA: Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka merampas lebih 100 kilogram jongkong emas yang cuba diseludup 10 rakyat Malaysia April lalu.

Emas bernilai sekitar 500 juta yen atau bersamaa AS$4.5 juta (RM19 juta) ditemui tersembunyi di dalam beg pakaian kesemua mereka.

Menurut Japantoday.com, tiada seorang pun daripada mereka melalui prosedur pengisytiharan kastam yang dikehendaki.

Pegawai kastam menyiasat perkara tersebut sebagai satu pelanggaran melanggar undang-undang cukai kastam dan penggunaan.

Penyeludupan emas meningkat sejak Jepun menaikkan cukai daripada 5 peratus kepada 8 peratus pada April 2014.

Banyak kes penyeludupan emas yang dilaporkan sebelum ini melibatkan penumpang yang tiba dari Hong Kong dan Korea Selatan.

Sumber penyiasat berkata, penyeludup mungkin cuba meneroka laluan baru dengan menggunakan transit dari Malaysia.

Dalam kes penyeludupan lain baru-baru ini, lima wanita warga Aichi, termasuk empat dengan pasport Korea Selatan, ditahan awal Jun di lapangan terbang Chubu berhampiran Nagoya cuba menyeludup 30 kilogram jongkong emas.

Satu sumber seorang wanita yang pernah terlibat dalam penyeludupan memberitahu polis, bahawa penyeludup emas dibayar 10,000 yen (RM380) bagi setiap 1 kilogram emas yang berjaya diseludup memasuki Jepun. – Sarawakvoice