Tuesday, June 28, 2022

Lelaki maut dirempuh treler yang elak kereta Kancil parkir di bahu jalan di Sarikei

Secara Rawak

SARIKEI: Malang tidak berbau. Seorang lelaki maut, gara-gara tindakan seorang pemandu treler memasuki laluan bertentangan bagi mengelakkan sebuah kereta Perodua Kancil yang diparkir di tepi jalan.

Kejadian berlaku petang tadi di Kilometer 11, Jalan Sarikei-Sibu.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.36 petang dan sebuah jentera, ambulans EMRS dan pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dengan kekuatan 12 anggota.

“Tiba di lokasi 19 minit kemudian, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler tanpa muatan dan sebuah kereta jenis Mazda.

Menurut pengesahan anggota polis trafik di lokasi, treler tanpa muatan itu datang dari arah Sarikei menuju ke Sibu ketika cuba mengelak sebuah Perodua Kancil yang diparkir di bahu jalan.

“Tindakan spontan itu menyebabkan treler terbabit memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta Mazda yang dipandu seorang lelaki, hingga menyebabkan kereta itu terbalik dan terhumban ke dalam parit di tepi jalan.

Kata Ling Hii, pemandu dan kelindan treler tiada di lokasi semasa pihak bomba tiba, tetapi pemandu kereta Mazda kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik.

“Dengan menggunakan ‘resque tool kit’, pasukan kita mengeluarkan mayat mangsa yang masih tersepit di bahagian pemandu kereta.

“Bantuan eskavator kemudian terpaksa digunakan untuk mengangkat dan mengalih bahagian hadapan treler yang menghentam kereta terbabit.

Setelah hampir dua jam operasi berlangsung, mayat mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa yang maut kemudian dikenal pasti sebagai Ng Ing Wui, 28 tahun,” tambahnya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru