Tuesday, December 6, 2022

Wanita pengsan selepas terjatuhkan gelang jed RM200,000 hingga patah dua

Secara Rawak

YUNNAN: Seorang pelancong wanita yang melawat kedai jed, mengalami kejutan sebanyak dua kali, sehingga menyebabkan dia pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Semasa memasuki kedai jed di bandar Ruili di sempadan Yunnan pada Selasa, wanita terbabit mencuba sebentuk gelang jed pada pergelangan tangannya.

Ketika meneliti “keindahan” gelang jed pada pergelangan tangannya, wanita itu amat terkejut apabila peniaga gelang itu memberitahunya harga gelang jed tersebut ialah 300,000 yuan (RM190,000).

Menurut shanghaiist.com, sebaik sahaja wanita tersebut panik mendengar harga gelang yang mahal itu, dia tergesa-gesa cuba mengeluarkan dari tangannya.

Malangnya, sikap tergesa-gesa wanita terbabit mendengar harga yang amat mahal itu, menyebabkan gelang dipegangnya terjatuh ke lantai.

Gelang jed mahal itu patah dua!

Kali ini dia diserang panik kedua, menyebabkan jantungnya berdegup kencang.

Kepalanya berputar lalu jatuh pengsan.

Dia melepaskan gelang jed bernilai RM200,000 dari tangannya tetapi tidak berjaya melepaskan ganti rugi selepas merosakkan gelang jed tersebut.

Kisah wanita malang yang pengsan itu menjadi tular di media sosial.

Selepas usaha memulihkan wanita tersebut secara tradisional tidak berjaya, pegawai perubatan datang dan membawa wanita terbabit ke hospital.

Ketika wanita tersebut dirawat di hospital, peniaga masih menuntut ganti rugi ke atas gelang jed yang patah itu.

Penilai pihak ketiga meletakkan harga 180,000 yuan (RM114,000) bagi gelang jed yang rosak itu.

Sementara itu, keluarga wanita berkenaan menawarkan membayar pampasan 70,000 yuan (RM44,000).

Akan tetapi, ada benarnya dakwaan netizen di media sosial bahawa dengan mudah patahnya gelang jed tersebut, menunjukkan ia bukan gelang tulen.

Ada netizen hanya meletakkan harga gelang jed yang rapuh itu 30 yuan (RM20) sahaja! – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru