MARAWI: Ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk hari ketiga semalam, pertempuran sengit terus berlaku antara tentera dengan kumpulan militan di bandar tepi tasik ini.

Puak pengganas Maute yang memberontak sejak lima minggu lalu menjadikan tahanan yang terperangkap dalam pertempuran getir sebagai hamba seks bagi pengganas dan juga tukang masak mereka sebagai apa yang disifatkan langkah untuk menghancurkan maruah mereka.

Sejumlah 120 pengganas terperangkap di bandar 265,000 jiwa di negara majoriti Katolik ini dengan saksi yang dipetik media berkata, mayat membusuk bergelimpangan di jalanan di bandar ini.

Menurut laporan termasuk oleh agensi berita Reuters, sebahagian tahanan yang diculik dipaksa memeluk Islam, membawa mereka yang cedera ke masjid dan kahwin dengan pengganas Maute yang setia kepada IS.

Kumpulan pengganas berkenaan disokong teroris dari luar negara termasuk Indonesia, Malaysia dam Chechnya.

Bandar di pinggir Tasik Lauao itu bergelora sejak 23 Mei lalu dengan rumah, kedai, gereja dan sekolah turut musnah dan banyak yang terkorban termasuk lebih 60 orang di pihak tentera.

Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang darurat bagi menyekat pemberontakan. – Sarawakvoice