Wednesday, August 17, 2022

Integriti “Saya Benci Rasuah” inisiatif Abg Jo sedia bertindak terhadap perasuah — Talib

Secara Rawak

KUCHING: Kempen integriti “Saya Benci Rasuah” bukan sekadar tayangan, bahkan merealisasikan impian Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang tidak mahu ikrar bebas rasuah sekadar berslogan sahaja, ia perlu mesti dibuktikan dalam kehidupan seharian.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata mengingatkan semula kesungguhan Abang Johari, seminggu selepas beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, semua kabinet negeri menandatangani ikrar bebas rasuah.

Justeru, agar tidak tinggal sebagai slogan atau omongan kosong sahaja, semua lapisan masyarakat perlu menyematkan  “Saya Benci Rasuah” dalam sanubari dan melaksanakannya.

Talib menegaskan, penubuhan kementeriannya yang merupakan terbaru di Malaysia, merupakan inisiatif Abang Johari yang mahu melihat rasuah benar-benar diperangi dan dibanteras dalam pentadbirannya.

Bercakap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau pada raya pertama di kediaman beliau, Talin mengaku beliau sentiasa berbincang dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPR), polis dan Institut Integriti menyiasat laporan diterima berkaitan kes rasuah.

Menurut Talib, seperti konsep “Bersih, Cekap , Amanah”, sistem itu memerlukan contoh yang konkrit serta tindakan susulan agar ia tidak dilihat sebagai sekadar satu slogan yang lemah. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru