Saturday, December 3, 2022

Hantar air guna lori tindakan alternatif tangani krisis air di Kabong

Secara Rawak

KABONG: Krisis air yang melanda lima kampung di sini kini ditangani pihak berwajib dengan tindakan alternatif menghantar bekalan air dengan menggunakan lori kepada penduduk yang terjejas.

Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Sungai Benang, Kampung Hulu Lintang, Kampung Hulu Laut, Kampung Masjid Lama dan Kampung Hulu Tengah.

Masalah tekanan air rendah dan menyebabkan air terawat tidak sampai ke rumah penduduk telah berlarutan dalam tempoh masa yang agak lama dan turut merencatkan sambutan Aidilfitri penduduk.

Mesyuarat tergempar berhubung masalah tersebut diadakan bermula jam 8.30 malam tadi dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Daerah, Kamaludin Haji Alkap.

Mesyuarat yang diadakan turut dihadiri oleh ketua masyarakat dan wakil Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

Menurut Kamaludin tindakan sementara bagi mengatasi masalah penduduk dilakukan selepas perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Kabong, Mohd. Chee Kadir.

“Untuk proses awal opersai menghantar air kepada penduduk terlibat, kos sebanyak RM6,000 diperuntuk bagi tujuan membayar kos pengangkutan sepanjang operasi.

“Usaha mengambil air akan dilakukan di kawasan loji di sini dan juga di Nyabor. Jika dua kawasan itu sukar untuk dipam air untuk mengisi tangki pihak terlibat akan mengambil air di loji utama di Lichok Roban,” ujarnya.

Bagi tujuan itu sebanyak empat buah lori akan dikerah untuk melaksanakan tugas mendesak itu yang operasinya bermula seawal jam 7 pagi hari ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru