Monday, June 27, 2022

Malaysia sasar 4 juta pelancong China tahun ini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tahun ini, Malaysia menyasarkan empat juta pelawat dari China dan menggandakan angka itu kepada lapan juta menjelang 2020, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Secara keseluruhannya, kami menyasarkan  kira-kira RM114 bilion dalam resit pelancongan bagi 2017 dan RM168 bilion pada 2020,”  katanya semasa melancarkan Dewan Perdagangan Malaysia-Xiamen (MXCC) di sini, semalam.

Beliau mengambil perhatian perkara itu mampu dicapai dengan sokongan Alibaba’s  Fliggy, yang baru-baru ini mengintegrasikan produk pengembaraan dan pelancongan Malaysia ke dalam platform e-commerce syarikat itu.

Nazri berkata kerajaan Malaysia juga telah menubuhkan pusat pemprosesan visa di Xiamen, yang kelima di China selepas Shanghai, Beijing, Guangzhou dan Kunming.

 Xiamen, katanya merupakan antara 10 rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan bandaraya di China.

 “Pada 2015, nilai dagangan antara Malaysia dan Xiamen mencecah RM11.53 bilion (US$2.7 bilion),” katanya.

Nazri berkata penubuhan MXCC akan perkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak serta antara Malaysia dan China.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru